NAK MAINTAIN ??....
…. Berat badan ideal…Langsing
…. Kulit sihat, anjal dan licin….
…. Awet muda ceria bertenaga ??
Senang aje
…
Jagalah
kesihatan USUS anda…
Anda adalah
sesihat USUS anda.
Gunakan …
MayFirst Phyto Klenz
Maintain
Jangan Tak maintain ….
TAK PERCAYA?
Bila dah tahu
anda mesti jatuh cinta menjana USUS SIHAT.
Secara ilmiahnya,
kita perlu CERNA dan DETOKS usus kita agar sentiasa BERSIH untuk menzahirkan
tubuh badan sihat. Malah kita perlu menjaga keberkesanan sistem ’digestive’
badan kita untuk menjana jantung, hati, limpa, pankreas, prostat, usus dan
kulit yang sihat. Penjanaan organ organ yang penting ini dengan efisien amat
vital untuk kesihatan anda membuat anda bertenaga, aktif dan ceria.

TAK NAK SAKIT......
Siapa nak sakit!
Orang kurang siuman pun tahu sakit dan tak nak sakit. Inikan kita yang waras.
Waraskah kita? Jangan biarkan petanda petanda (sympton) sakit berlarutan. Jangan
pandang remeh ambil temeh selamba rock sakit sakit ini:
. perut penuh
angin kentut tak lepas
. kembong dan krem mencekam
. sembelit memulas
. terkencit buang air besar tak lawas
. pening
berat kepala dan migraine
. sakit
otot, sengal tulang
. bengkak
bengkak sendi
Yang sakit
tentu kita terasa dan mengambil perhatian. Yang lebih menggusarkan yang tak sakit tapi sakit pada
mata dan hati:
. berat
badan bertambah
. PJK – bukan
Pingat Jasa Kebaktian tapi Perut Jauh Kedepan
. kulit berjerawat dan berbintik bintik merah
. letih lesu malas tak bermaya
. mudah naik angin dan marah
Petanda petanda yang terasa dan merasa ini memberi isyarat
yang perut dan USUS anda kotor dah
sampai ketahap pelupusan sampah DBKL. Anda perlu mengambil tindakan dengan
segera.
ANDA KENA CERNA DAN DETOKS
USUS ANDA DENGAN SEGERA.
Jangan
berlengah. Jika anda gagal mengambil tindakan segera, anda pasti mengalami
kesakitan yang lebih terok dan kronik. Apa tidaknya, USUS anda sudah lebih
kotor dari
Loji Pantai
Dalam. Anda dah diperkosa TOKSIN dan diserang BAKTERIA yang membahayakan.!
TAK PERCAYA?….
Anda
percaya ada KANSER? Anda percaya pada MATI? Kalau tak percaya, tak payah baca. Allah
selamatkan kamu. Kalau percaya, jom kita gali ilmu. Mari kita belajar dan faham bagaimana TOKSIN
terjadi dan bahayanya BAKTERIA menyerang dan membuat kita jatuh sakit hingga
ketahap kanser.
KITA ADALAH APA
YANG KITA MAKAN DAN MINUM.
Orang Melayu kita
kebanyakkannya kurang ilmu dan pengetahuan dari segi diet seimbang. (Saya tahu
sebab saya Melayu). Masakan kita kuat guna minyak, lemak santan, ajinomoto,
gula, garam dan sebagainya. Kita pula kurang memahami bahan bahan (ingredients)
yang terkandong didalam makanan siap sedia saperti mi segera, susu pekat, air tin
dan kotak, marjerin, snek dll. Kita tidak peka dengan bahan pengawit, pewarna,
penyegar, kalories, lemak.
Malah jauh dari
pengetahuan kita tentang glutein dalam tepung gandum dan bahaya pemutihan
tepung itu. Kita kurang mengerti tentang bahayanya karbohidrat yang terlebih
makan dan bahan bahan kimia lain yang digunakan didalam pemakanan kita.
Kalau makan nasi
punyalah penuh pinggan macam Gunung Tahan. Tambah dua pinggan pula tu. Lauk seciput. Kepala ikan kembung masin
pulak tu . Kuah lemak cili padi sebelanga.
(maklumlah orang Negori). Sayur tak makan, allergik kononnya.
Dah lah makan berlemak dan berminyak, minum air sejuk
sesejuknya. Air sirap bandung pulak tu. Penuh ais dari air. Top up lagi dengan
ABC. Warna warni you. Dengan
susu cair dan pewarna serta gula, semesti satu formula yang memudaratkan. Ais
dengan minyak dan lemak membekukan. Ini menghalang penghadzaman olih enzim dan
asid baik dalam perut dan USUS kita.


Trend sekarang,
ramai yang suka makan di restoran makanan segera. Makan burger, french
fries, ayam goreng, roti bun, ais krim dan air karbonat dll. Stail. Moden ada
kelas. McDonald, KFC, Merrybrown,
A&W menjadi tumpuan. DiAmerika sendiri ramai nutritionists
mempersoalkan kebaikkan makanan sgera ini. Kalori nya tinggi disebabkan daging,
roti gandum, kentang goreng berminyak dan air karbonat yang tinggi gula. Sakit sakit orang putih sekarang dah jadi
sakit sakit orang Melayu. Orang Melayu banyak menghidap sakit jantung
dibandingkan masa zaman datuk nenek kita dulu.
Yang paling
merisaukan ialah yang makan MAT burger dikiosk kisok. Nah... burger tiga lapis,
keju dua lapis dan roti. Memang sedap. Mana tak nya, daging burger dia penuh
dengan lemak lembu tua pulak tu (bukan lean meat), keju yang digunakan yang
kurang kualiti, begitu juga dengan roti dan sos cili dan tomato yang disertakan
pakai bungkal.


Kedai mamak lagi
satu. Roti canai, banjir. Teh tarik dengan pewarna dan susu pekat setengah cawan. Nasi lemak ádalah favorit orang Malaysia kita.
Pembasuh mulut pula kuih lapis, tahi ayam tahi itik, akok (orang Kelantan manis
manis belako), bubur, cendol
Dan yang paling sedap air batu campur dengan ais krim.” Seimbang? Kalori? Diet?
Makan dulu
sebelum sakit. Dah sakit takde selera. Sakit cakap kemudian. Dah sakit baru
cerita..” bak
kata Mak Cik Minah saya.


Kita makan untuk
hidup. Ada juga orang yang hidup untuk makan. Apa jua, selagi sistem
penghazaman (digestive system) berfungsi dengan baik, masaalah kesihatan kurang
berlaku. Tetapi lama kelamaan ianya akan berkurangan daya kebolihannya. Saperti
apa jua benda, lama kelamaan akan menjadi tua dan kurang bermaya malah rosak
dan mati atau hapus.
MAINTAIN (penjagaan,
penyelenggaraan dan baik pulih) amat mustahak.
Kenapa anda gosok gigi dua kali
sehari?
Kenapa wanita basuh muka (cleansing)
pagi dan malam?
Kenapa kita berhadas membasuh air
kecil dan besar?
Kenapa kita mandi dua kali
sehari?
Kenapa kita buang sisa makanan
dan sampah dari rumah setiap hari?
BILA KALI TERAKHIR ANDA MEMBERSIH
USUS ANDA?

85% manusia tak pernah bersihkan USUS
25% tahu akan USUS harus dibersih dan detoks
Cuma 10% bersihkan USUS tapi dengan cara tak tepat
Hanya 3% membersih dan detoks dengan cara klinikal
USUS kita bukan tong sampah.
Bayangkan anda membuang lebihan makanan didalam tong sampah.
Berapa lama sebelum anda tak
tahan dengan bau busuknya? Seharí? Semalam? Sejam?
Apa jadi
dengan sisa makanan tersebut jika dibiarkan berterusan? Sisa buangan itu akan berulat dan dihurungi
lalat. Kita tahu ianya tak sihat dan memudharatkan kapada
kesihatan kita
dan mereka yang tersayang.

Bayangkan kalau
tong sampah itu terbiar dalam rumah semalaman, dua malam, tiga malam. Pintu
tingkat tertutup. Anda dan keluarga pulang bercuti dari Cameron Highland,
dah hirup angin
segar dan nyaman. Buka pintu. Kalau tak mati tentu pengsan. Bau busuk menyerang
menusuk hidung dan sanubari anda. Kalu nasib tak baik, ulat melentik melekat
dilidah anda. Urgghh geli geman dibuatnya.
Begitulah
andaiannya terjadi pada perut dan USUS anda kalau anda tak ketandas tiga hari.
Kalau terkentut, orang tiga batu jauhnya pengsan terhidu. Entah entah lalat pun
mati.
Dr. Norman
Walker, D. SC., PhD., said, "Not to cleanse the colon is like having the
entire garbage collecting staff in your city go on strike for days on end. The
accumulation of garbage in the street creates putrid, odoriferous, unhealthy
gases which are dispersed into the atmosphere.""
Jadi mengapa kita
biarkan USUS kita menjadi tong sampah?
CERNA dan DETOKS
USUS anda setiap hari.
Anda adalah sesihat usus anda.
Gunakan MayFirst Phyto Klenz
Maintain Jangan Tak Maintain.

The Royal
Society of Medicine Great Britain
telah memberi amaran yang mengejutkan , " Lebih daripada 65 penyakit adalah
disebabkan oleh kolon yang toksik" .
Faktor utama
untuk usus berfungsi dengan baik adalah penyerapan nutrien dan nyahtoksik dari
badan kita. Sekiranya toksik ini tidak dihapuskan dengan sempurna , autointoxication
( penyerapan semula sisa toksik) akan berlaku. Ia tidak mengambil masa yang
lama untuk sisa reput menyerap melalui dinding kolon ke dalam aliran darah dan
mula menyebabkan kerosakan kepada organ-organ lain. Kebanyakan orang berfikir
bahawa mereka tidak mempunyai masalah dengan sistem pencernaan mereka. Berapa
kali sehari anda ketandas membuang air besar? Mereka yang sihat perlu membuang
air besar 2 - 3 kali sehari. Sekali makan sekali kita perlu cerna sisa makanan
dari dalam perut kita.Oleh kerana diet yang tidak seimbang, makan berlebihan
dan pengambilan makanan ringan yang tak berkhasiat, ramai orang mempunyai kolon
tidak berfungsi dengan normal. Dr Harvey Kellog telah membuat komen,
"Daripada 22,000 operasi saya kendalikan , saya tidak pernah menjumpai
kolon yang sihat bersih."
Dr Norman W.
Walker, D.Sc. , PhD berpendapat " Tidak ramai antara kita menyedari bahawa
kegagalan untuk menghapuskan sisa makanan dengan berkesan dari badan menyebabkan
begitu banyak bakteria merebak dalam kolon. Bakteria ini membuatkan sisa
makanan jadi busuk dan toksik. Jika tidak dicerna dan nyahtoksik, sisa yang
terkumpul ini bolih membawa maut disebabkan berbagai penyakit dan kanser kolon.
"
Menurut Dr
Bernard Jensen, "sistem penghadaman hanya boleh menanggung 2-3 makanan
pada satu masa. Jika anda makan 2-3 kali sehari , anda perlu mencerna sekerap
yang sama. "
Anda adalah sesihat usus Anda .
Gunakan MayFirst Phyto Klenz
Maintain jangan Tak maintain
MayFirst Phyto Klenz
MAGIC IN A SATCHET ...
Misi kami adalah
untuk mencari bahan yang 'terbaik daripada yang terbaik'. 100 % bahan herba
tulin, asli dan semulajadi. MayFirst Phyto Klenz telah terbukti pembersih kolon
sangat berkesan. Ia dirumus didalam formula yang lengkap dan tepat daripada
campuran herba. Bahan-bahan nya juga adalah organik dirumus dengan komposisi
dan ketulenan yang tepat dan sejati. Ini membuat MayFirst Phyto Klenz
benar-benar berkesan . Tiada pengisi & bahan tambahan - hanya yang terpilih , bermutu tinggi dan semula jadi digunakan !
Anda adalah sesihat usus anda.
Gunakan MayFirst Phyto Klenz
Maintain Jangan Tak Maintain
Anda Adalah Sesihat Usus Anda
Gunakan MayFirst Phyto Klenz
Maintain Jangan Tak maintain
Testimoni
"Sungguh
mengagumkan. Kesihatan saya telah bertambah baik kerana mengamalkan MayFirst
Phyto Klenz.Banyak cabaran kesihatan, alahan, dan kekurangan tenaga yang telah
melanda saya selama bertahun-tahun kini hilang. Saya cadangkan bahawa setiap orang
perlu melakukan detox . "
Puan Azmah
berumur 35years
"Saya
mendapat hasil yang luar biasa. Dalam satu bulan, kolon saya bersih dari parasit. Saya tidak
sangka parasit boleh menyebabkan sembelit yang kronik. Saya berfikir adalah normal
untuk ketandas sehari sekali dengan masa tak menentu. Tetapi alangkah terperanjatnya saya apabila
pada hari pertama menggunakan Phyto Klenz saya buang air
sejumlah besar najis
dengan mukus yang menjijikan keluar. Amat memeranjatkan.Pada minggu pertama
saya buang banyak cacing pin, dan kemudian dalam beberapa minggu seterusnya
ternyah pelbagai parasit lain termasuk cacing pipih dan tiga cacing pita 4-6
inci panjang. Saya terkejut melihat semua perkara ini keluar dari badan saya. Saya
tidak terfikir yang badan saya ada banyak dan bermacan cacing. Semenjak itu
peningkatan kesihatan saya mengkagumkan.Dalam bulan pertama sahaja berat badan
saya turun 17 lbs. Juga, kesakitan belakang kronik yang telah melanda
saya selama beberapa tahun berkurangan. Kesakitan di tangan dan lutut saya
sudah pulih. Pada bulan kedua gejala PMS saya amat berkurangan. Saya menderita selama satu minggu setiap
bulan - termasuk cepat marah, perubahan mood yang teruk, kembung, dan kekejangan
yang amat menyakitkan . Gejala PMS ini tidak merisaukan saya lagi.
Terima kasih
banyak banyak MayFirst Phyto Klen... Saya rasa sepuluh tahun lebih muda!
Puan Faridah
Hanum 50years umur
"Terima kasih MayFirstPhyto Klenz. Saya mengalami
selama bertahun-tahun sembelit kronik dan kembung. Saya terpaksa mengamal makan
julap begitu sekian lama. Tetapi formula semula jadi MayFirst Phyto Klenz amat
berkesan dalam membantu kolon saya ketahap
normal. Saya tidak lagi mengambiljulap lagi. Saya lega, selesa dan ceria
sekarang ini. Terima kasih tak terhingga pada MayFirst Phyto Klenz yang unik
ini. Amat berkesan. Tiada produk lain dapat melakukan ini untuk saya. "
Puan Mastura Edris berumur 45 tahun
" Sejak saya
mengamalkan pengambilan MayFirst Phyto Klenz , saya mengalami lonjakan besar
dalam tenaga, stamina, dan kejelasan mental. ini adalah produk yang paling
berkesan yang pernah saya ambil. Saya dapat merasa perbezaan dalam masa singkat. Selain itu,
anak saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 16kilo dalam tempoh 1 bulan semenjak mengamalkan
MayFirst Phyto Klenz.. Ini adalah salah satu kesan sampingan yang positif bila usus kita
cerna dan nyahtoksik. Anak saya bagaikan dapat hidup baru. Sikap dan penampilan
Ashraf amat positif dan konfiden.
Mohd Shukri
" Formula
MayFirst Phyto Klenz adalah berbeza daripada pembersih kolon lain di luar sana
. Yang lain membuat kolon anda bergantung kepada penggunaan yang berterusan.
MayFirst Phyto Klenz membersih dan membuat usus saya kuat. Saya tidak lagi
sembelit, dan tidak perlu mengambilnya
tiap tiap hari! "
Cik Nurliliwati ,
pelajar yang berusia 23 tahun .
Kita perlu
mengambil iktibar bahawa badan kita perlu pencernaan dan proses nyahtoksin yang
berkesan. Pengambilan produk yang berkualiti tinggi bolih memberi impak berkesan
menjana kolon dan perut sihat. Kita selesa ketandas pada jangka dan waktu yang
sepatutnya.. Apabila kolon telah dibersihkan, dan berfungsi pada tahap optimum,
penyerapan nutrien dapat dimaksimumkan. Sebaliknya , lebih lama badan anda
terdedah kepada toksink perosak usus, lebih besar risiko penyakit melanda anda.
Penyelenggaraan
kolon berterusan menggunakan MayFirst Phyto Klenz amat digalakkan.
Bagaimana untuk menggunakan
MayFirst Phyto Klenz :
• Ambil satu satchet dengan segelas air sejuk (bukan ais)dalam shaker /
gelas sekali sehari tiga hari berturut turut.
• Ambil sebelum tidur atau 30minutes sebelum makan malam
• Boleh juga diminum dengan jus buah-buahan dan yoghurt. Atau beverages
panas seperti Milo, Horlicks.
• Jumlah yang diperlukan slepas tiga hari pertama mungkin berbeza dari
individu ke individu. Sebaik-baiknya anda perlu mempunyai sekurang -kurangnya
dua pergerakan usus setiap hari. Dari semasa ke semasa anda mungkin perlu
mengubah bilangan satchet untuk mencapai matlamat ini . Jika diperlukan,
meningkatkan jumlah anda setiap beberapa hari sehingga anda mencapai keputusan
yang dikehendaki.
• Bila usus anda semakin kuat (capai matlamat – buang air besar dua kali
sehari) anda bolih kurangkan pengambilan dari masa ke masa .
• Jika anda mengambil ubat , minum 2 atau 3 jam sebelum atau selepas
mengambil ubat.
• Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari.
• Seperti semua produk pembersihan & detox , wanita mengandung &
menyusu tidak digalakkan menggunakan Phyto Klenz
. Sentiasa berunding dengan pengamal kesihatan jika hendak diberi kapada
kanak-kanak.


No comments:
Post a Comment