Monday, 3 February 2014

MayFirst Phyto Klenz




NAK MAINTAIN ??....

…. Berat badan ideal…Langsing
…. Kulit sihat, anjal dan licin….
…. Awet muda ceria bertenaga ??

Senang aje …
Jagalah kesihatan USUS anda…
Anda adalah sesihat USUS anda.

Gunakan … MayFirst Phyto Klenz
Maintain Jangan Tak maintain ….





TAK PERCAYA?

Saya faham. Tak kenal maka tak cinta. Kalau kenal pun tak mesti mencinta.Mari kita kenal dengan ILMU berkaitan mustahaknya mantain USUS SIHAT.
Bila dah tahu anda mesti jatuh cinta menjana USUS SIHAT.




Secara ilmiahnya, kita perlu CERNA dan DETOKS usus kita agar sentiasa BERSIH untuk menzahirkan tubuh badan sihat. Malah kita perlu menjaga keberkesanan sistem ’digestive’ badan kita untuk menjana jantung, hati, limpa, pankreas, prostat, usus dan kulit yang sihat. Penjanaan organ organ yang penting ini dengan efisien amat vital untuk kesihatan anda membuat anda bertenaga, aktif dan ceria.



Sunnah Nabi 1






TAK NAK SAKIT......

Siapa nak sakit! Orang kurang siuman pun tahu sakit dan tak nak sakit. Inikan kita yang waras. Waraskah kita? Jangan biarkan petanda petanda (sympton) sakit berlarutan. Jangan pandang remeh ambil temeh selamba rock sakit sakit ini:

. perut penuh angin kentut tak lepas
. kembong dan krem mencekam
. sembelit memulas
. terkencit buang air besar tak lawas
. pening berat kepala dan migraine
. sakit otot, sengal tulang
. bengkak bengkak sendi


Yang sakit tentu kita terasa dan mengambil perhatian. Yang lebih menggusarkan yang tak sakit tapi sakit pada mata dan hati:

. berat badan bertambah
. perut rasa penuh tapi nafsu kuat nak makan
. PJK – bukan Pingat Jasa Kebaktian tapi Perut Jauh Kedepan
. kulit berjerawat dan berbintik bintik merah
. letih lesu malas tak bermaya
. mudah naik angin dan marah


Petanda petanda yang terasa dan merasa ini memberi isyarat yang perut dan USUS anda kotor  dah sampai ketahap pelupusan sampah DBKL. Anda perlu mengambil tindakan dengan segera.

ANDA KENA CERNA DAN DETOKS USUS ANDA DENGAN SEGERA.

Jangan berlengah. Jika anda gagal mengambil tindakan segera, anda pasti mengalami kesakitan yang lebih terok dan kronik. Apa tidaknya, USUS anda sudah lebih kotor dari
Loji Pantai Dalam. Anda dah diperkosa TOKSIN dan diserang BAKTERIA yang membahayakan.!


TAK PERCAYA?….

Anda percaya ada KANSER? Anda percaya pada MATI? Kalau tak percaya, tak payah baca. Allah selamatkan kamu. Kalau percaya, jom kita gali ilmu. Mari kita belajar dan faham bagaimana TOKSIN terjadi dan bahayanya BAKTERIA menyerang dan membuat kita jatuh sakit hingga ketahap kanser.

KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN DAN MINUM.

Orang Melayu kita kebanyakkannya kurang ilmu dan pengetahuan dari segi diet seimbang. (Saya tahu sebab saya Melayu). Masakan kita kuat guna minyak, lemak santan, ajinomoto, gula, garam dan sebagainya. Kita pula kurang memahami bahan bahan (ingredients) yang terkandong didalam makanan siap sedia saperti mi segera, susu pekat, air tin dan kotak, marjerin, snek dll. Kita tidak peka dengan bahan pengawit, pewarna, penyegar, kalories, lemak.
Malah jauh dari pengetahuan kita tentang glutein dalam tepung gandum dan bahaya pemutihan tepung itu. Kita kurang mengerti tentang bahayanya karbohidrat yang terlebih makan dan bahan bahan kimia lain yang digunakan didalam pemakanan kita.

Kalau makan nasi punyalah penuh pinggan macam Gunung Tahan. Tambah dua pinggan pula tu. Lauk seciput. Kepala ikan kembung masin pulak tu . Kuah lemak cili padi sebelanga.  (maklumlah orang Negori). Sayur tak makan, allergik kononnya.

Dah lah makan berlemak dan berminyak, minum air sejuk sesejuknya. Air sirap bandung pulak tu. Penuh ais dari air. Top up lagi dengan ABC. Warna warni you. Dengan susu cair dan pewarna serta gula, semesti satu formula yang memudaratkan. Ais dengan minyak dan lemak membekukan. Ini menghalang penghadzaman olih enzim dan asid baik dalam perut dan USUS kita.


air batu campur
Trend sekarang, ramai yang suka makan di restoran makanan segera. Makan burger, french fries, ayam goreng, roti bun, ais krim dan air karbonat dll. Stail. Moden ada kelas. McDonald, KFC, Merrybrown,  A&W menjadi tumpuan. DiAmerika sendiri ramai nutritionists mempersoalkan kebaikkan makanan sgera ini. Kalori nya tinggi disebabkan daging, roti gandum, kentang goreng berminyak dan air karbonat yang tinggi gula. Sakit sakit orang putih sekarang dah jadi sakit sakit orang Melayu. Orang Melayu banyak menghidap sakit jantung dibandingkan masa zaman datuk nenek kita dulu.

Yang paling merisaukan ialah yang makan  MAT burger dikiosk kisok. Nah... burger tiga lapis, keju dua lapis dan roti. Memang sedap. Mana tak nya, daging burger dia penuh dengan lemak lembu tua pulak tu (bukan lean meat), keju yang digunakan yang kurang kualiti, begitu juga dengan roti dan sos cili dan tomato yang disertakan pakai bungkal.

burger n fries

Burger2

Kedai mamak lagi satu. Roti canai, banjir. Teh tarik dengan pewarna dan susu pekat setengah cawan.  Nasi lemak ádalah favorit orang Malaysia kita. Pembasuh mulut pula kuih lapis, tahi ayam tahi itik, akok (orang Kelantan manis manis belako), bubur, cendol
Dan yang paling sedap air batu campur dengan ais krim.” Seimbang? Kalori? Diet?
Makan dulu sebelum sakit. Dah sakit takde selera. Sakit cakap kemudian. Dah sakit baru
cerita..” bak kata Mak Cik Minah saya.

roti canai

rice3

Kita makan untuk hidup. Ada juga orang yang hidup untuk makan. Apa jua, selagi sistem penghazaman (digestive system) berfungsi dengan baik, masaalah kesihatan kurang berlaku. Tetapi lama kelamaan ianya akan berkurangan daya kebolihannya. Saperti apa jua benda, lama kelamaan akan menjadi tua dan kurang bermaya malah rosak dan mati atau hapus.


MAINTAIN (penjagaan, penyelenggaraan dan baik pulih) amat mustahak.

Kenapa anda gosok gigi dua kali sehari?
Kenapa wanita basuh muka (cleansing) pagi dan malam?
Kenapa kita berhadas membasuh air kecil dan besar?
Kenapa kita mandi dua kali sehari?
Kenapa kita buang sisa makanan dan sampah dari rumah setiap hari?








BILA KALI TERAKHIR ANDA MEMBERSIH USUS ANDA?





85% manusia tak pernah bersihkan USUS
25% tahu akan USUS harus dibersih dan detoks
Cuma 10% bersihkan USUS tapi dengan cara tak tepat
Hanya 3% membersih dan detoks dengan cara klinikal










USUS kita bukan tong sampah.

Bayangkan anda membuang lebihan makanan didalam tong sampah. Berapa lama sebelum anda tak tahan dengan bau busuknya? Seharí? Semalam? Sejam?
Apa jadi dengan sisa makanan tersebut jika dibiarkan berterusan? Sisa buangan itu akan berulat dan dihurungi lalat. Kita tahu ianya tak sihat dan memudharatkan kapada
kesihatan kita dan mereka yang tersayang.




Bayangkan kalau tong sampah itu terbiar dalam rumah semalaman, dua malam, tiga malam. Pintu tingkat tertutup. Anda dan keluarga pulang bercuti dari Cameron Highland,
dah hirup angin segar dan nyaman. Buka pintu. Kalau tak mati tentu pengsan. Bau busuk menyerang menusuk hidung dan sanubari anda. Kalu nasib tak baik, ulat melentik melekat dilidah anda. Urgghh geli geman dibuatnya.

Begitulah andaiannya terjadi pada perut dan USUS anda kalau anda tak ketandas tiga hari. Kalau terkentut, orang tiga batu jauhnya pengsan terhidu. Entah entah lalat pun mati.

Dr. Norman Walker, D. SC., PhD., said, "Not to cleanse the colon is like having the entire garbage collecting staff in your city go on strike for days on end. The accumulation of garbage in the street creates putrid, odoriferous, unhealthy gases which are dispersed into the atmosphere.""

Jadi mengapa kita biarkan USUS kita menjadi tong sampah?
CERNA dan DETOKS USUS anda setiap hari.

Anda adalah sesihat usus anda.
Gunakan MayFirst Phyto Klenz
Maintain Jangan Tak Maintain.




The Royal Society of Medicine Great Britain telah memberi amaran yang mengejutkan , " Lebih daripada 65 penyakit adalah disebabkan oleh kolon yang toksik" .
Faktor utama untuk usus berfungsi dengan baik adalah penyerapan nutrien dan nyahtoksik dari badan kita. Sekiranya toksik ini tidak dihapuskan dengan sempurna , autointoxication ( penyerapan semula sisa toksik) akan berlaku. Ia tidak mengambil masa yang lama untuk sisa reput menyerap melalui dinding kolon ke dalam aliran darah dan mula menyebabkan kerosakan kepada organ-organ lain. Kebanyakan orang berfikir bahawa mereka tidak mempunyai masalah dengan sistem pencernaan mereka. Berapa kali sehari anda ketandas membuang air besar? Mereka yang sihat perlu membuang air besar 2 - 3 kali sehari. Sekali makan sekali kita perlu cerna sisa makanan dari dalam perut kita.Oleh kerana diet yang tidak seimbang, makan berlebihan dan pengambilan makanan ringan yang tak berkhasiat, ramai orang mempunyai kolon tidak berfungsi dengan normal. Dr Harvey Kellog telah membuat komen, "Daripada 22,000 operasi saya kendalikan , saya tidak pernah menjumpai kolon yang sihat bersih."
Dr Norman W. Walker, D.Sc. , PhD berpendapat " Tidak ramai antara kita menyedari bahawa kegagalan untuk menghapuskan sisa makanan dengan berkesan dari badan menyebabkan begitu banyak bakteria merebak dalam kolon. Bakteria ini membuatkan sisa makanan jadi busuk dan toksik. Jika tidak dicerna dan nyahtoksik, sisa yang terkumpul ini bolih membawa maut disebabkan berbagai penyakit dan kanser kolon. "
Menurut Dr Bernard Jensen, "sistem penghadaman hanya boleh menanggung 2-3 makanan pada satu masa. Jika anda makan 2-3 kali sehari , anda perlu mencerna sekerap yang sama. "

Anda adalah sesihat usus Anda .
Gunakan MayFirst Phyto Klenz
Maintain jangan Tak maintain






MayFirst Phyto Klenz
MAGIC IN A SATCHET ...
Misi kami adalah untuk mencari bahan yang 'terbaik daripada yang terbaik'. 100 % bahan herba tulin, asli dan semulajadi. MayFirst Phyto Klenz telah terbukti pembersih kolon sangat berkesan. Ia dirumus didalam formula yang lengkap dan tepat daripada campuran herba. Bahan-bahan nya juga adalah organik dirumus dengan komposisi dan ketulenan yang tepat dan sejati. Ini membuat MayFirst Phyto Klenz benar-benar berkesan . Tiada pengisi & bahan tambahan - hanya yang  terpilih , bermutu tinggi  dan semula jadi digunakan !

Anda adalah sesihat usus anda.
Gunakan MayFirst Phyto Klenz
Maintain Jangan Tak Maintain




Anda Adalah Sesihat Usus Anda
Gunakan MayFirst Phyto Klenz
Maintain Jangan Tak maintain
         
Testimoni

"Sungguh mengagumkan. Kesihatan saya telah bertambah baik kerana mengamalkan MayFirst Phyto Klenz.Banyak cabaran kesihatan, alahan, dan kekurangan tenaga yang telah melanda saya selama bertahun-tahun kini hilang. Saya cadangkan bahawa setiap orang perlu melakukan detox . "
Puan Azmah berumur 35years

"Saya mendapat hasil yang luar biasa. Dalam satu bulan,  kolon saya bersih dari parasit. Saya tidak sangka parasit boleh menyebabkan sembelit yang kronik. Saya berfikir adalah normal untuk ketandas sehari sekali dengan masa tak menentu.  Tetapi alangkah terperanjatnya saya apabila pada hari pertama menggunakan Phyto Klenz saya buang air



sejumlah besar najis dengan mukus yang menjijikan keluar. Amat memeranjatkan.Pada minggu pertama saya buang banyak cacing pin, dan kemudian dalam beberapa minggu seterusnya ternyah pelbagai parasit lain termasuk cacing pipih dan tiga cacing pita 4-6 inci panjang. Saya terkejut melihat semua perkara ini keluar dari badan saya. Saya tidak terfikir yang badan saya ada banyak dan bermacan cacing. Semenjak itu peningkatan kesihatan saya mengkagumkan.Dalam bulan pertama sahaja berat badan saya turun       17 lbs. Juga,  kesakitan belakang kronik yang telah melanda saya selama beberapa tahun berkurangan. Kesakitan di tangan dan lutut saya sudah pulih. Pada bulan kedua gejala PMS saya amat berkurangan.  Saya menderita selama satu minggu setiap bulan - termasuk cepat marah, perubahan mood yang teruk, kembung, dan kekejangan yang amat menyakitkan . Gejala PMS ini tidak merisaukan saya lagi.
Terima kasih banyak banyak MayFirst Phyto Klen... Saya rasa sepuluh tahun lebih muda!

Puan Faridah Hanum 50years umur


"Terima  kasih MayFirstPhyto Klenz. Saya mengalami selama bertahun-tahun sembelit kronik dan kembung. Saya terpaksa mengamal makan julap begitu sekian lama. Tetapi formula semula jadi MayFirst Phyto Klenz amat berkesan dalam membantu  kolon saya ketahap normal. Saya tidak lagi mengambiljulap lagi. Saya lega, selesa dan ceria sekarang ini. Terima kasih tak terhingga pada MayFirst Phyto Klenz yang unik ini. Amat berkesan. Tiada produk lain dapat melakukan ini untuk saya. " Puan Mastura Edris berumur 45 tahun

" Sejak saya mengamalkan pengambilan MayFirst Phyto Klenz , saya mengalami lonjakan besar dalam tenaga, stamina, dan kejelasan mental. ini adalah produk yang paling berkesan yang pernah saya ambil. Saya dapat merasa  perbezaan dalam masa singkat. Selain itu, anak saya berjaya mengurangkan berat badan sebanyak  16kilo dalam tempoh 1 bulan semenjak mengamalkan MayFirst Phyto Klenz.. Ini adalah salah satu  kesan sampingan yang positif bila usus kita cerna dan nyahtoksik. Anak saya bagaikan dapat hidup baru. Sikap dan penampilan Ashraf amat positif dan konfiden.

Mohd Shukri


" Formula MayFirst Phyto Klenz adalah berbeza daripada pembersih kolon lain di luar sana . Yang lain membuat kolon anda bergantung kepada penggunaan yang berterusan. MayFirst Phyto Klenz membersih dan membuat usus saya kuat. Saya tidak lagi sembelit, dan tidak perlu  mengambilnya tiap tiap hari! "

Cik Nurliliwati , pelajar yang berusia 23 tahun .

Kita perlu mengambil iktibar bahawa badan kita perlu pencernaan dan proses nyahtoksin yang berkesan. Pengambilan produk yang berkualiti tinggi bolih memberi impak berkesan menjana kolon dan perut sihat. Kita selesa ketandas pada jangka dan waktu yang sepatutnya.. Apabila kolon telah dibersihkan, dan berfungsi pada tahap optimum, penyerapan nutrien dapat dimaksimumkan. Sebaliknya , lebih lama badan anda terdedah kepada toksink perosak usus, lebih besar risiko penyakit melanda anda.

Penyelenggaraan kolon berterusan menggunakan MayFirst Phyto Klenz amat digalakkan.


Bagaimana untuk menggunakan
MayFirst Phyto Klenz :

• Ambil satu satchet dengan segelas air sejuk (bukan ais)dalam shaker / gelas sekali sehari tiga hari berturut turut.
• Ambil sebelum tidur atau 30minutes sebelum makan malam
• Boleh juga diminum dengan jus buah-buahan dan yoghurt. Atau beverages panas seperti Milo, Horlicks.
• Jumlah yang diperlukan slepas tiga hari pertama mungkin berbeza dari individu ke individu. Sebaik-baiknya anda perlu mempunyai sekurang -kurangnya dua pergerakan usus setiap hari. Dari semasa ke semasa anda mungkin perlu mengubah bilangan satchet untuk mencapai matlamat ini . Jika diperlukan, meningkatkan jumlah anda setiap beberapa hari sehingga anda mencapai keputusan yang dikehendaki.
• Bila usus anda semakin kuat (capai matlamat – buang air besar dua kali sehari) anda bolih kurangkan pengambilan dari masa ke masa .
• Jika anda mengambil ubat , minum 2 atau 3 jam sebelum atau selepas mengambil ubat.
• Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari.
• Seperti semua produk pembersihan & detox , wanita mengandung & menyusu tidak digalakkan menggunakan Phyto Klenz
. Sentiasa berunding dengan pengamal kesihatan jika hendak diberi kapada kanak-kanak.